CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 13, 2013

This is not a LOVE STORY (Part 2)

Siapa dia? Dia lah kawan baik, kawan gaduh, kawan tidur, kawan ketawa, kawan dunia akhirat. Aku rindu nak kutuk caci maki dia, aku rindu nak rebut makanan dengan dia, aku rindu nak rebut kerusi dengan dia, walaupun kompom2 aku kalah, aku rindu nak dengar dengkuran dia, aku rindu nak kena sepak dengan dia, aku rindu nak dengar dia mengigau masa tidur, aku rindu sambal tempe dia, kek batik pon, aku rindu nak pegi soping raya sama-sama. Aku rindu nak tengok die nangis walaupun muka macam gengster, tapi hati tisu. Rindu. Rindu. This is not a LOVE STORY, but this is A STORY about FRIENDSHIP. OUR FRIENDSHIP. Miss u friend. Pray for your happiness. Always. =)

Yanty, Zaza, Achik

Betul tak aku cakap, kalau sorok belakang dia kompom tak jumpa aku. Haha.

Siapa pegang hp? Dua-dua die pegang. Haha.

 Emmm cakkkk!


 Samsung Torchlight. Terangi hidungmu.
Ko suluh apa za?


3 days before I left the company.

Last day with orang ketiga -ONEY (Achik, Oney, Zaza). 

Last pic together.


Gorgeous! Congrats baby for your engagement. U deserve to get him. =)

This is not a LOVE STORY. (Part 1)

Assalamualaikum.
Hari ni taip post touching2 sket. Macam tak sangka kan, in relationship hampir dua tahun, and tak sangka dia dah bertunang. Bertunang? Yes Bertunang! Aku kenal dia masa aku kerja dekat call centre TM. Masa mula-mula ktorg training xdela rapat mana. Aku lebih rapat dengan Darl and Kak Yana, Fatin. Dengan dia? Biasa-biasa je. Die pon xdela menyerlah sangat masa tu. Bila dah start pindah Semua House, then kitorg start rapat. Itupun bila sorang-sorang budak batch ktorg berhenti. Yang tinggal kekal cuma aku, dia and Yanty. And sejak tu ktorg  mula rapat and jadi makin rapat.

Ktorg pegi keja kadang-kadang sama. Kalau terserempak kat LRT Masjid Jamek tu, ktorg jalan la sama-sama pegi opis. Bila balik, biasanya kalau shif habis sama, ktorg balik sama-sama sampai LRT. Aku akan ke arah Kelana Jaya, dia akan ke arah Gombak. Kalau hujung minggu aku tak balik Melaka, aku pergi tido kat uma sewa dia kat Wangsa Maju.

Kat opis, ktorg la paling giler sekali. Tapi, die sebenarnya lagi gile. Haha. Suka buat lawak, mulut kepoh. TL selalu aim ktorg sebab ketawa berdekah-dekah (itu die), mengilai-ilai (itu aku), Yanty akan gelak tersipu-sipu malu je. Tak pernah aku dengar Yanty ketawa kuat. Haha. Lepas tu, datang orang ketiga. Oney. Nur Hazwan nama mamat tu. Bukan perempuan. Oney datang lagi meriah tempat ktorg jadinya. Tak ada hari yang tak ketawa. Hari-hari ketawa. Sampai aku rasa nak pegi opis, rasa semangat pon sebab dorg. Ye sebab dorg.

Pagi-pagi ktorg akan makan nasi lemak sama-sama, walaupun kata nak diet sama-sama, tapi sama-sama makin membulat hari-hari. Haha. Diet tu impian je dulu, tak pernah tercapai pon. Pagi makan nasi lemak makcik balai polis, tengahari makan nasi pakcik botak, petang minum bonjuk gelas besar, balik keja singgah kat kedai abg berger tapau la pe lagi. Hahaha. Ye mmg dulu sangat bulat. Muka aku ok.

Gaduh? Pernah je ktorg gaduh. Ada sekali tu ktorg gaduh. Sebab masa tu dia tengah syok bercerita, tapi tengah-tengah conversation ada mamat ala-ala awal ashaari tegur aku, terus aku berpaling arah (masa tu aku single), tak layan dia. Die bengang. Dia marah la apa lagi. Lepas tu tak nak cakap dengan aku. Merajuk la tu. Aku buat bodoh. Aku bukan reti nak pujuk-pujuk org, aku merajuk balik ada la. Lepas tu aku blah buat-buat bz (balas dendam merajuk balik). Then, die kol aku. Aku nak angkat, tiba-tiba die letak. Cis miskol je? Aku kol balik. Tak angkat. Hmm biarlah. Pastu dia miskol lagi. Lagi dan lagi. Aku kol, still tak angkat. Apahal dia ni? Tak tahan, aku pegi kat die, tanya " Ko nak apa miskol2 ni". Then, dia cakap " Acik, merajuk lagi ke, kenapa tak nak cakap dengan aku?". Aku sengih. Haha sengal. Die nak aku start dulu cakap. Tak guna. Wa kalah plak.

Tapi, saat-saat indah bersama tu tak lama. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap ada kegembiraan pasti ada kesedihan. Mula-mula Oney tinggalkan ktorg. Walaupun tanpa kerelaan. Kemudian, Yanty buat keputusan nak berhenti, sebab ikut suami kat PD. Tinggal ktorg berdua. Keceriaan tu ada, tapi dah makin pudar. Akhirnya, aku buat keputusan utk balik ke Melaka. Dan dia? Berhenti jugak la. Jangan nak berkhidmat sangat utk TM. Hahaha. Dan akhirnya kami terpisah, aku di Melaka, dia di Johor Bharu.

"Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat.." aku pegang kata-kata Zivilia. Tapi, hari ni aku sentap. Tiba-tiba aku rasa kehilangan. Dah tentu aku happy on behalf of her tapi tipu jugak la kalau aku tak rasa kehilangan kan. Nak tukar relationship? Memang patut la. Dia dah jadi tunangan org. Aku? Belum sampai masa lagi. Tiba-tiba rasa sunyi. Sunyi.

To be continue~

Thursday, May 9, 2013

Sweet Candy Passion

Assalamualaikum.
Apa khabar uollss? Harap sihat la yerk. Lately memang bz sangat. Bz sesangat sampai order tinggi menggunung tapi tak siap-siap. Hehe. Pape pon semua tu rezeki beb rezeki. Alhamdulillah. Walaupun cubaan melanda sebab aku dah terjahanamkan BigShot aku. Itu la org kata kalau marah jangan buat kerja, baik tido je. Hahaha. Bila buat kerja time marah, jahanam la semua barang. Kekeke.

Ok jangan cite pasal BigShot dah. Aku sedih. Haha. Kita citer pasal next creation aku. Jeng jeng jeng. Tak de yg specialnya pon. Haha. Bagi peminat turquoise macam aku, aku sajikan satu set tissue box and pin cushion. Ramai member aku tanya, apa benda pin cushion ni? Nak letak kat sofa ke? Camne nak letak? Hahaha. Sabo je la aku. Ok pin cushion ni bagi org menjahit tahu le kot. Tempat nak letak pin je pon. Tak kisah la pin apa. Bg customer aku yang nak, biasa tanya dulu dorg nak map pins ke pin jahit.

Ok lah tulis banyak pon tak guna, korg bukan baca pon. Haha. Sila la cuti mata tengok gambar yang cuma satu ni. Haha. Siapa-siapa yang berminat nak order untuk door gift, hadiah hari jadi, apa-apa je la boleh layari blog ChikBunga, ada price quotations, and kalau nak direct contact aku boleh terus pegi Facebook. Sebab aku jarang bukak email. Hahaha. Okbai enjoy!



Tuesday, April 23, 2013

Happy Birthday Kak Wan Zarina!

Assalamualaikum.
Minggu ni adalah minggu paling tak ada mood, minggu paling penat, minggu paling...paling malas. Semua orang aku marah, tak kira jantina, umur, mahupun darjat. Ha..ha..ha..Order dah bertimbun-timbun, kalau kumpul mau satu gudang. (ok itu tipu). Tiap kali nak start je menjahit, mesti rasa malas. So, postpone la esok. Dah esok, rasa malas lagi. Postpone esoknya lagi. Sudahnya deadline dah sampai, order aku tak siap2 lagi. Hahaha. Nasib customer suma tak letak deadline. Aku punya deadline, aku sendiri langgar. So what? Aku kan bos. Haha.

Pape pon, dalam kemalasan aku tu, siapkan jugak la birthday signage utk my officemate merangkap my kakak. Sebab dia baik sgt dengan aku, maka dalam malas2 tu gagahkan jugak buat untuk dia. Terharu tak kak wan? Hahaha. Dia bukan baca blog aku pun. Kita assume la dia baca.

Oleh sebab memang aku sangat malas sekarang. Rasa nak golek-golek je atas tilam. Tengok je la sekeping gambar yg aku tangkap dalam kemalasan. Aku bukan pemalas ok. Ini sebab kitaran setiap bulan buatkan aku rasa malas. Hahaha. Okbai enjoy!
Signage Happy Birthday



   
Selamat digantung di meja opis. Hehehe


Friday, March 22, 2013

Big OWLS vs CupCAKES.

Assalamualaikum.
Kejam internet arini, penat aku taip panjang-panjang ada error plak. Dah hilang terus entry aku. Huuuu. tacing~ 
Gedik sangat nak tacing macam ada org nak pujuk. Haahaha. Pape pon malas nak taip panjang-panjang dah. Penat wey! Tengok je la gambar-gambar creationku yang terbaru. Weewiiit! Kbai enjoy!











Untuk maklumat lanjut sila layari FACEBOOK.


Saturday, February 16, 2013

BerKRETIP lagi.

Assalamualaikum.
Amboi rajin pulak update blog kan. Buang tebiat sudah.Hihihi. Saje nak bagitau, baru je siapkan order Ready Stock. Sejak-sejak kerja ni, Alhamdulillah rezeki masih tak putus-putus lagi. Ada je tempahan kan. So, masa nak berkretip tu mmg tak ada. Kalau ada, curi-curi masa sikit kat opis. Sakit otak aku lama-lama. Wakaka.

Ready Stock ni aku buat limited. Kalau buat satu, itu je la yg aku buat. Nak kaler sama, bentuk sama, harga akan naik la. Limited katanya. Kuang3. So, apa yg ada sekarang baik rembat dulu. Tapi Alhamdulillah, tak sampai sehari semua dah SOLD OUT. Hehe. Tak banyak pun aku buat, 5 biji je. Kehkehkeh.

Aku tak boleh tengok benda comey-comet, ciut-ciut ni. Aritu tgk Quilling, nak belajar buat Quilling plak. Aku mmg tamak, semua benda nak buat. Hahaha. Tunggu la aku dah jadi surirumah sepenuh masa, nak bukak kedai craft. Skg keja kumpul duit bebanyak je.

Sekarang ni pun dah siapkan doorgift utk time aku kahwin nanti. Sehari dapat dua jadi la kan. Almaklum la aku nak kawen bila pon aku tak tau. Wakaka. So, siapkan bot laju sebelum banjir beb. Gua tak reti berenang, nanti gua lemas. 

Ok lah, sila la jamu mata tgk hasil berkretip yg dah SOLD OUT ni. Amboi, jangan nak caps lock sgt la sold out kau tu achik oooi. Hahaha. Kbai enjoy!




SOLD OUT!!